Saturday, June 13, 2009

1)Photo Tutorial For Kaouru[Gaussian Blur]

Owkay . . . Kaouru yang comei itu mau belaja wat gamba camnih . Ngihihi. Tahmemang ramai yang tanye camne mau wat camnih .

First skali mari kasitau ye kat sini :

1) Edit pertama adalah : Gaussian blur kasi blurkan background blakang tuh kononnnya ada depth of field la. Kononnyaaa... haha
2) Edit black & white
3) Edit wording
4) Edit kasi kick kaler die

Okey let start it . . . ngiahaha poyoOkey this is the original version
Cam hodoh je kan... wahahaha
Firstly : Edit Depth Of Field Effect[perisian adobe photoshop]
Mahukan gambar hebat macamni?
Ataupun macamni?
Dan jugak macamni?

Tapi ada masalah : 1) saya tak reti amik gamba 2) saya takde kamera mahal mahal[contoh:dslr] tuk amik gamba yang detail macamtu 3) saya tak reti nak wat camtu

Ooo jangan risau... sebenarnya tak payah guna kamera mahal pon bole jadi cam gamba gamba dekat atas tuh . Kena la pandai+terel bab mengeditnya.
So untuk itu saye mau share ilmu menipu dalam menjadikan satu gamba tu betul betul menarik. Contohnya nak wat cam diatas tu la.
Mari mari belajar. Ini untuk perisian Adobe Photoshop sahaja.

Step 1 : Duplicate The Background Layer
- memula kena la duplicate background layer die supaya kita tak kacau bende2 dalam original image
- Untuk duplicate background layer, memula kena pergi pada Layer menu kat atas skali tuh then klik New then pilih Layer Via Copy
contoh gamba ada diatas ini kalu tak paham ye
- kalau nak guna shortcut pun bole : CTRL+J[win] atau Command+J[Mac]
- then nanti kalau korang nampak... dekat palette Layer tuh, ada 1 copy yang kita dah buat, akan dinamakan sebagai Layer 1 dekat atas layer background.like diatas ini

Step 2 : Select The Area That Will Remain In Focus
- gunakan la selection tool yang korang da biase guna contohnya : lasso, polygonal lasso tool, pen tool
- lukis secara kasar kat sekeliling gambar yang korang nak bagi fokus .
- dalam gamba nih saya mau badan+muka saya ngan ayah je yang dalam fokus jadi saya guna lasso tool tuk lukis kat skeliling dia.
- tak payal la nak lukis detail betul betul ikut lekuk sebab karang kemudian kita bole lembutkan bahagian yang telebih telebih tuh. dunt worry okey. jangan buang masa anda pada melukis lukis ini ye.

Step 3 : Enter Quick Mask Mode
- bila anda suda buat selection seperti diatas, sila tekan Q pada keyboard anda tuk masuk dalam quick mask mode.
- anda juga bole klik ikon quick mask pada palette tools anda contoh cam kat bawah- okey dah tekan kemudian anda pasti akan lihat garisan putus putus kat sekeliling area nak fokus tuh akan hilang dan sekelilingnya digantikan dengan kawasan warna merah.
- ada nampak?dunt worry tuh belum siap lagi and mebi selection yang anda buat tuh tak berape nak cantik. Jangan risau, kite bole fix die kemudian . HeHe

Step 4 : Apply The Gaussian Blur Filter
- okey sekarang kita nak lembutkan garisan yang kita da buat kat sekeliling tempat kite lukis tuh
- dalam hal nih kita akan guna Gaussian Blur filter tuk lembutkan tempat yang kita lukis tu
- Pergi ke Filter menu, pilih Blur, dan pilih Gaussian Blur
- nanti kotak gaussian blur akan keluar. macam kat bawah ni- amik perhatian ye, kalau anda tarik slider tuh kekanan anda akan meningkatkan jumlah kabur sepanjang sisi garisan putus putus tu, meningkatkan kelembutan die dan kalau anda tarik slider tuh kekiri anda akan mengurangkan jumlah kabur/kelembutan sisi garisan putus putus tu. ada faham?
- jadi dekat sini anda adjust la jumlah radius tu sampai la anda jumpa jumlah kekaburan yang terbaik. dekat sini saya naikkan radius kepada 16-17 pixel. bergantung la pada saiz gambar yang anda gunakan.
- klik ok bila dah siap dan anda akan tengok ada perubahan dari segi kelembutan pada garisan yang anda da lukis awal tadi tu. Da makin lembut kan garisan die? Haa..

Step 5 : Exit Out of Quick Mask Mode

- sekarang kita da lembutkan kawasan yang kita nak lembutkan kan? so kita kena keluar dari mode quick mask kepada mode standard.- klik Q pada keyboard anda ataupun tekan ikon Standard mode pada palette anda[cam gmba kat atas ni]
- anda akan lihat yang kawasan merah kat sekeliling kawasan yang difokus tu akan hilang dan diganti balik dengan garisan putus putus time mula mula tu.

Step 6 : Save The Selection
- Anda da wat sume sume tuh anda mestila save kan ia.. untuk buat itu anda perlu pergi ke Select pada menu di atas dan pilih Save Selection- bila kotak Save Selection keluar anda klik je pada butang OK. tak perlu nak namakan apa apa dekat situ
- tekan CTRL D[win] atau Command+D[Mac]
- kalau anda tekan pada palette Channel[sebelah palette Layer], anda akan lihat bahagian yang anda save itu akan disave sebagai new Alpha channel dinama Alpha 1 dekat bahagian bawah palette
- tukar balik kepada palette Layer ye . . [saje je tadi mau tunjukkan benda yang korang da save]

Step 7 : Apply The "Lens Blur" Filter

- skarang kita suda balik kepada palette Layers, pastikan anda da tekan Layer 1[nanti akan dihighlight warna biru]
- kita nak buat efek depth of field dekat sini ye, dan kita akan gunakan filter Lens Blur.
- pergi ke menu bar diatas dan pilih Filter, pilih Blur then pilih Lens Blur
- Kemudian nanti kotak kat bawah ni akan keluar- Abaikan option yang lain lain tu, cuma fokus pada Depth Map dengan Radius sahaja.
- Untuk depth map pilih Alpha 1
- Kemudian pastikan kotak pada Invert ditanda
- Untuk Radius pula adjust la ikut kesesuaian gambar anda . Option Radius ni adalah kadar kekaburan depth of field yang korang buat tuh. Tuk gambar saya, saya gunakan 20
- Kemudian klik OK kalau da puas hati
- Nanti anda akan lihat perubahan pada gambar anda itu. Sekeliling kawasan yang anda da lukis tu akan menjadi kabur.

- Tapi kalau anda rasa efek kabur yang anda buat tu terlalu over, anda boleh adjust die dengan lowerkan opacity pada "Layer 1" pada palette anda . [Boleh jumpa option Opacity kat bahagian kanan atas pada palette layer anda .] Untuk gambar saya, saya rendahkan menjadi 85%.Step 8 : Add A Layer Mask

- okey part ni kalau nak buat boleh.. kalau tanak buat pon bole.. hehe
- mungkin korang da puas hati dengan efek blur yang korang buat tadi + tak perlukan touch up
- tapi kalau korang tak puas hati dan nak touch up... ini dia caranya :

1) pastikan anda masih berada didalam Layer 1
2)klik ikon 'Layer Mask' pada palette Layers3)kalau da klik tu korang mungkin tak perasan apa apa perubahan pun pada hasil kerja korang.. ye.. memang tadek pe pun berubah kat situ..
4)tapi cuba tengok dekat 'Layer 1' pada palette Layer. korang akan nampak ada layer mask tumbnail dekat layers preview thumbnail.. contoh dibawah
Step 9 : Amik alat tukang bename Berus ataupun Brush... hehe

- korang akan cat buang sume efek blur yang tak lawa pada sekeliling area yang engkorang fokuskan itu...
- amik alat tukang bername Berus... atau Brush Tool lam bahase inggeris.. haha- nak senang dan shortcut tekan je huruf B pada papan keyboard anda

Step 10 : Setkan warna pada latar depan kepada hitam
- apabila kite dah tambah layer mask, secara automatiknya photoshop dah setkan warna latar depan kita kepada warna putih dan background colour kita kepada warna hitam.
- Untuk memadamkan efek blur yang tak berapa nak lawa dekat garisan gamba yang engkorang fokus tuh... kita perlu catkan ia dengan warna hitam. Bermaksud kita perlukan warna hitam sebagai warna latar depan kita kita..
- tekan huruf x pada keyboard anda untuk tukar warna pada latar depan dan belakang. Menjadikan hitam sebagai warna latar depan dan putih sebagai warna latar belakang.Boleh tengok contoh seperti diatas.. warna latar depan adalah hitam manakala latar belakang berwarna putih.

Step 11 : Paint Away Any Unwanted Areas Of Blurring
- okey dengan menggunakan berus dan warna latar depan berwarna hitam, simply catkan mana mana area yang korang rase korang nak buang efek blur yang dah termasuk lam gambar yang korang da wat dalam fokus. okey tak faham ke?
- dia macamni.. time korang wat efek blur pada sekeliling garisan yang korang lukis tu.. pastu die macam tak berapa nak cantik kan? mesti ada efek blur kat dalam area yang korang fokus tu kan?haaa.. kita nak buang itu lah!
- so korang catkan area yang da temasuk efek blur tuh dengan berus tadi...
- untuk adjust saiz berus tu.. korang gunakan left and right bracket keys pada keyboard korang... left bracket keys untuk kecilkan saiz berus dan right bracket keys untuk besarkan saiz berus.

- kalau tersilap dan tercat kat bahagian yang tak sepatutnya dicat.. korang tukarkan balik warna latar depan kepada putih dengan menekan huruf x pada keyboard korang dan cat balik bahagian yang tak sepatutnya dicat tuh...
- then tekan balik huruf x tuk switch balik warna latar depan anda tu kepada hitam dan sambung balik cat bahagian yang korang nak buang efek blur tu..



DAH PUAS HATI... SAVE LA GAMBA YANG ENGKORANG DA WAT TUH... SELESAI

5 comments:

Mike_Delta_Hotel_33 said...

thanx raksasa biskut yg comel!! mmg bermaklumat..

Ikaa said...

hahaha
mau try pigi la wat
:D

ryoko_kouru said...

Fuyyoo.. caya la kuki le wat tutorial cam nii... sekarang juga kouru cuba try & test... thaannxxxxx 1000000xxx... kuk... appreciate sesangat...

ryoko_kouru said...

hukhuk.. x jadi laa... bab ntah zaman bila punya vesi potoshop kouru nihh.. tak per nnti kouru install yg latest punya bab.. yg nii.. tak de lens bluurr laa... anyway thanx cigu kuki.. hehehe

Ikaa said...

agagaga
ade bnyk lagi fasa
tih kuki update lgi tutorial nih
hehehehe
alohhh
takjadi ke??
tih install lar
cs4 teros
agaga
welkam2..
mud ngah rajen niha
tuh pasal wat tutorial pnjang2
harapnye paham la er
hehe